Tuesday, December 30, 2014

DRESS FROZEN BABY ELSA YANG SEDANG TRENDING

Assalamualaikum wbt.

Dress Frozen Baby Elsa yang sedang trending in the house. Sementara kartun frozen ni tengah hangat dipasaran, saya pun nak ambil kesempatan memeriahkan lagi kegilaan kanak-kanak pada watak utama cerita ini, iaitu, tak lain tak bukan Princes Elsa. Sekarang ini semua tema frozen je, sambut harijadi, peralatan sekolah, pakaian dan macam-macam lagi. Kali ini saya tampilkan pula bagi ibu-ibu yang minat frozen. Kalau ibu yang minat, takkanlah nak pakai baju frozen pergi opis kan :p So, mari gayakan baby anda dengan dress inspired by Elsa. Pattern dress ini sama macam dress pink sebelum ini. Tapi yang ini versi kembang punya. Boleh muat untuk baby 0 - 3 bulan. Material 100% acrylic.



Custom made (anda order, saya buat):
~Dress Frozen Baby Elsa
~Fit 0 - 3 month
~Warna boleh pilih
~Material acrylic
~Harga Rm 55(negotiable) 

Yang berminat boleh hubungi saya di:

TheKaitKait
Email: ilma.eskandar@gmail.com
No. Tel: 011-23561302
Facebook: Ilma Ahmad
Instagram: @thekaitkait_by_ilma


'Yang comel untuk sicomel'

Saturday, December 27, 2014

KASUT KAIT BABY YANG CUTE DAN BERGAYA

Assalamualaikum wbt. 

Kasut kait baby yang cute dan bergaya ini tempahan dari customer saya dari instagram. Kuasa hashtag menghubungkan saya dengan si ibu muda ini yang mencari kasut kait untuk bayinya yang berumur 4 bulan. Hanya mencari secara rambang dengan menaip #kasutkait, Alhamdulillah rezeki menjadi milik saya :) Selepas ni makin banyak la #kasutkait saya :p Anda yang nak follow instagram saya, boleh search @thekaitkait_by_ilma. Boleh cuci mata, ada banyak # barang kait kt situ.




Yang berminat nak order juga boleh hubungi saya di:

TheKaitKait
Email: ilma.eskandar@gmail.com
No. Tel: 011-23561302
Facebook: Ilma Ahmad
Instagram: @thekaitkait_by_ilma


'Yang comel untuk sicomel'
 

Friday, December 26, 2014

KOPIAH KAIT #BAH2014

Assalamualaikum wbt.

KOPIAH KAIT #BAH2014
Membeli sambil menyumbang, setiap pcs kopiah yang anda beli, separuh daripada keuntungan akan disalurkan kepada mangsa banjir. Mari sama-sama membantu untuk mereka yang memerlukan.

1 pcs - RM20 (RM10 akan disalurkan kepada mangsa banjir)
2 pcs - RM36 (RM20 akan disalurkan kepada mangsa banjir)





Hubungi 011-23561302 (ilma) untuk membeli. Mari sama-sama membantu, semoga usaha kita dapat meringankan beban mereka.

KAEDAH 'STEAM BLOCKING' MENGGUNAKAN 'STEAM IRON' VS. 'GARMENT STEAMER'

Assalamualaikum wbt.

Selamat pagi semua. Kalau anda perasan pada entri sebelum ini saya ada sebut mengenai kaedah 'steam blocking' untuk produk kait. Akan tetapi saya tak dapat nak lakukannya memandangkan saya tak memiliki steam iron berkenaan. Tunggulah nanti saya beli garment steamer terus, boleh blocking tanpa was-was *ngehngehngeh*. Sebelum ni saya tak pernah tahu pun tentang kaedah ini. Bila da stalker en. google baru la tahu rupanya ada kaedah nak rawat (rawat eh, boleh la) hasil kaitan yang bergulung, terutamanya bila kait jarum dua a.k.a knit, memanglah selalu akan jadi bergulung bahagian tepi-tepi hasil kaitan. Contohnya, flat piece like granny square, blanket and etc.

Akan tetapi bagi crochet a.k.a kait jarum satu pula, jarang ada hasil kaitan yang bergulung. Tetapi kita boleh gunakan kaedah 'steam blocking' untuk menghasilkan kaitan lebih cantik dan saiz yang lebih tepat. Untuk pengetahuan anda, 'steam blocking' akan menjadikan saiz projek kait jadi sedikit besar dari saiz asal. Jadi kalau ada projek yang terkecil dari saiz sepatutnya, bolehlah cuba kaedah ini ya. Tapi kalau beza saiz tu besar sangat, terpaksa kait yang lain atau buka semula. Ini kaedah 'steam blocking' bukan 'magic blocking' ya hehe

Apa bezanya gunakan steam iron dan garment steamer? Bezanya, garment steamer lebih mudah dan praktikal. Boleh terus sentuh ke projek kait. Kalau menggunakan steam iron, awas ya, jangan sesekali direct sentuh ke projek kait. Sebab ianya akan merosakkan texture benang tu.


Menggunakan steam iron  (gambar sumber internet)

Menggunakan garment steamer (gambar sumber internet)

Nak lebih jelas lagi, boleh tengok video dari youtube ni. Happy watching :)



Love,
Ilma a.k.a Maema


'Yang comel untuk sicomel'







Tuesday, December 23, 2014

CROCHET LITTLE CUTIE BABY DRESS

Assalamualaikum wbt.

Alhamdullilah, dapat siapkan baby dress ni dalam tempoh yang cepat. Saya pun tak sangka, mungkin mood teruja tu membantu kait cepat :) Betul macam Kak Ery cakap, patern ni simple, sekali buat, terus gian nak buat lagi. Saya memang setuju yang tu. Tapi walaupun simple, masih ada silapnya, terskip baca patern. Al-maklumlah patern bertulis ni memang boleh buat mata juling. But its okay, it just turn nice to my eye (feeling jatuh cinta). Baby dress yang comel ni sesuai untuk baby 0-3 bulan. Yang ni kosong tanpa aksesori, tambahan aksesori akan difikirkan nanti sama ada bunga atau reben :) Anda prefer yang mana?

Crochet Baby Dress
Gabungan warna krim dan merah jambu pekat membuatkan 'Crochet Little Cutie Baby Dress' ni bertambah sweet. Kalau digayakan lagi la bertambah-tambah sweet and lovely *mata ada love love*. Jika berdasarkan patern, untuk dapatkan hasil yang cantik, maksudnya skirt tu jatuh cantik ye. Kita boleh gunakan kaedah steam blocking. Saya nak buat dan dah baca cara-caranya, tapi tak kesampaian sebab kat rumah cuma ada iron biasa yang berat tu. *sedih*. Dah boleh mula kumpul duit beli steam iron ni. 

Untuk dapatkan patern, anda boleh baca entri saya sebelum ni PATTERN HERE.

Untuk yang nak tempah baby dress ni boleh hubungi saya di:

TheKaitKait
Email: ilma.eskandar@gmail.com
No. Tel: 011-23561302
Facebook: Ilma Ahmad
Instagram: @thekaitkait_by_ilma


'Yang comel untuk sicomel'



CROCHET NEWBORN DRESS IN THE MAKING

Assalamualaikum wbt.

Hari ni bersemangat waja try free pattern dress from Da'knit . Adik-adik, kakak-kakak yang nak try juga boleh klik kat link tu ya. Dress belum siap, nama pun in the making kan *meh*. So, cuma dapat share gambar yang belum siap ni.




TheKaitKait
Email: ilma.eskandar@gmail.com
Facebook: Ilma Ahmad
Instagram: @thekaitkait_by_ilma

Sunday, December 21, 2014

TESTIMONI KELAS ASAS BLOG & FANPAGE


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, dengan izin-Nya saya berjaya menamatkan Kelas Asas Blog & Fanpage yang diselia oleh Pn. Zaila Mohamad dengan jayanya. Bak kata pepatah, dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Untuk pengetahuan semua, awal oktober lalu saya telah berdaftar pakej seperti gambar dibawah:



Pada mulanya, saya kurang yakin dengan diri sendiri untuk mengorak langkah pertama dalam bisnes online dan blog. Tapi lepas daftar kelas semangat terus membuak-buak nak siapkan semua tugasan yang diberi. Al-maklumlah, semua panduan dah diberi dan guru sentiasa pantau pekembangan anak-anak buah. Yang paling seronok, kalau tak tau atau tak paham boleh direct tanya pada cikgu dan cikgu pula memang best bila tanya laju je jawab. Terima Kasih Cikgu. (versi upin ipin ya)

Kebaikan vs. Keburukan?

Kebaikannya, saya dapat bina blog dan fanpage dengan kaedah yang betul. Step by step sampai jadi. Dalam masa yang sama boleh tambah kenalan sebab pakej ni sekali dengan keahlian akademi bekerja di rumah. Boleh sama-sama kongsi ilmu dan pendapat.Seronok kan.

Keburukan, saya rasa tiada yang buruk melainkan yang baik-baik belaka haaa. Kira puas hatilah ni. Oh ya, untuk yang kurang mahir menggunakan komputer atau susah nak hadam kelas-kelas online ni, mungkin itulah keburukannya. Tapi yang tu anda tak perlu risau sebab ada kelas offline juga. Suka tak?

Ada yang dah acah-acah nak join Kelas Asas Blog & Fanpage? Boleh hubungi:

Facebook: Zaila Mohamad
Atau nak kenal lebih rapat boleh baca penulisannya di Panduan Bekerja Di Rumah Buat Surirumah Online & Offline

Kalau ada yang nak order barang kait boleh hubungi saya *winkwink*

TheKaitKait
Email: ilma.eskandar@gmail.com
No. Tel: 011-23561302
Facebook: Ilma Ahmad
Facebook Fanpage: THEKAITKAIT


Monday, December 15, 2014

TOPI KAIT COMEL JALUR-JALUR POM POM KEBABOOM

Assalamualaikum wbt. Selamat Pagi

Entri hari ni, pagi-pagi ni, nak share tentang topi kait comel jalur-jalur pom pom kebaboom :p Topi simple yang comel untuk baby, pasti membuatkan baby bertambah comel, kiut miut tambah geram rasa nak picit kuat-kuat (eh silap, yang picit kuat-kuat tu meow saya yang selalu kene teheeehe)

Oh ya, korang-korang yang sekarang ni tengah kemaruk buat photoshoot untuk baby tu, good news! good news! Here your prob. Topi kait jalur-jalur pom pom kebaboom ni boleh order 1 set siap kasut dan sarung tangan. Jom tengok detail:

Custom made (anda order, saya buat):
~Topi Kait Jalur-Jalur Pom Pom Kebaboom
~Warna boleh pilih
~Material 100% Acrylic (*boleh request benang cotton)
~Harga topi sahaja RM 20-RM30 mengikut saiz
~Harga per set RM 50-60 mengikut saiz
 




Yang berminat boleh hubungi saya di:

TheKaitKait
Email: ilma.eskandar@gmail.com
No. Tel: 011-23561302
Facebook: Ilma Ahmad
Instagram: @thekaitkait_by_ilma


'Yang comel untuk sicomel'


Sunday, December 14, 2014

SET HADIAH BABY

Assalamualaikum wbt.




Hari ni saya nak share set hadiah baby handmade dari saya sendiri. Set hadiah baby ini mengandungi topi, kasut dan sarung tangan kait. Pada mulanya, saya tak terfikir nak jadikan ianya set macam gambar diatas. Terima kasih tak terhingga buat Kak Nida sebab bagi idea dan merupakan orang pertama yang beli set ini. Oh masa tu, kami buat sistem barter, set hadiah baby tukar dengan mandian garam dari Aura Crystal. Korang yang berminat, details kat bawah ya:

Custom made (anda order, saya buat):
~Set Hadiah Baby (topi, kasut, & sarung tangan)
~Warna boleh pilih
~Harga RM60 per set termasuk pos
~Material 100% Acrylic (dalam gambar)
*boleh juga request untuk guna benang cotton, dan harga tak sama.

Good news untuk anda, sekarang ini saya dalam proses untuk pelbagaikan lagi set hadiah baby. Akan ada penambahan item untuk setiap set nanti. Tunggu ya, nanti update :)

Yang berminat dengan set hadiah baby boleh hubungi saya di:

TheKaitKait
Email: ilma.eskandar@gmail.com
No.Tel: 011-23561302
Facebook: Ilma Ahmad
Instagram: @thekaitkait_by_ilma



'Yang comel untuk sicomel'


Friday, December 12, 2014

SARUNG UNTUK HARD DISK

Assalamualaikum wbt.



Seronok rasanya dapat siapkan sarung hard disk untuk diri sendiri :p Cover yang lama dah lusuh, so nah! Kita bagi baju baru kat dia. Cat tu, cat tu, lama dah simpan dia. Oh ya, selain crochet lover, saya juga cat lover mihmihmih. Macam biasa, jom kita main jual-jual ya. Detail kat bawah:

Custom made (anda order, saya buat):
~Sarung Hard Disk/Hard Disk Sleeve
~2 ply benang (so keras dan tebal sikit)
~Warna boleh pilih
~Material 100% Acrylic 

Nak order boleh contact saya di:

TheKaitKait
Email: ilma.eskandar@gmail.com
No. tel : 011-23561302
Facebook: Ilma Ahmad
Instagram: @thekaitkait_by_ilma


'Yang comel untuk sicomel'


Wednesday, December 10, 2014

CROCHET BALLERINA BOOTIES

Assalamualaikum wbt.



Hari ni saya nak kongsi free pattern ballerina booties dari Da'knit. Klik link tu ye untuk dapatkan pattern kasut macam dalam gambar. Pertama kali kait pattern ni, senang faham. Big thanks to Da'knit for share this pattern :))

Yang tak reti mengait boleh order dengan saya, details seperti dibawah:

Custome made (anda order, saya buat):
~Ballerina Booties
~Available for 0 - 12 month
~Warna boleh pilih
~Material 100% acrylic
~Harga bermula dari RM 18 - RM 25 (mengikut saiz)

Nak order, nak tanya-tanya, boleh contact saya di:

TheKaitKait
Email: ilma.eskandar@gmail.com
No. Tel: 011-23561302
Facebook: Ilma Ahmad
Instagram: @thekaitkait_by_ilma


'Yang comel untuk sicomel'

Monday, December 8, 2014

CROCHET SNEAKERS FOR KIDS

Assalamualaikum wbt.


Crochet sneakers for kids ni sesuai untuk baby 0 - 12 month ya. Kiranya baby yang belum pandai berjalan. Saiz kasut akan di buat berdasarkan umur atau pun saiz yang diberi oleh customer.

Custom made (anda order, saya buat) :
~Crochet Sneakers
~Fit 0 - 12 month baby
~Request size available
~Warna boleh pilih (boleh mix and match)
~Harga sepasang Rm 25


Ada yang nak order? Jom jom :)) Boleh hubungi saya di:

TheKaitKait
Email: ilma.eskandar@gmail.com
No. Tel: 011-23561302
Facebook: Ilma Ahmad
Instagram: @thekaitkait_by_ilma

KASUT KAIT UNTUK BABY BOY & GIRL

Assalamualaikum wbt.





Kasut kait untuk baby lelaki dan baby perempuan. Tempahan dari Pn. Hairunisa untuk dihadiahkan kepada kawan yang bakal menimang cahaya mata. Maklumat lanjut seperti dibawah:

Custom made (anda order, saya buat):
~Kasut Kait
~Fit 0 - 3 month 
~Warna boleh pilih
~Harga Rm 20 exclude postage

Ade yang berminat nak order untuk bakal baby? Anda boleh hubungi saya di:

TheKaitKait
Email: ilma.eskandar@gmail.com
No. Tel: 011-23561302
Facebook: Ilma Ahmad
Instagram: @thekaitkait_by_ilma


Tuesday, December 2, 2014

SET TOPI DAN KASUT KAIT BABY

Assalamualaikum wbt.



Set topi dan kasut kait untuk newborn baby. Boleh diberikan sebagai hadiah kepada kawan, kakak, saudara yang baru terima ahli baru :)) Detail seperti dibawah:

Custom made (anda order, saya buat):
~Set Topi dan Kasut Kait untk newborn baby
~Newborn size, fit 0-3 month
~Warna boleh pilih
~Harga per set Rm 48 inc postage


Yang berminat nak order, hubungi saya di:

TheKaitKait
Email: ilma.eskandar@gmail.com
No. Tel: 011-23561302
Facebook: Ilma Ahmad
Instagram: @thekaitkait_by_ilma

TOPI KAIT BURUNG HANTU

Assalamualaikum wbt.



Topi kait burung hantu yang ceria. Dapat sambutan sebab warna yang menarik. Anda terpikat? Nak order boleh contact saya atau tinggalkan komen anda. Detail seperti di bawah:

Custome made (anda order, saya buat):
~Topi Kait Burung Hantu
~Saiz untuk 2 tahun dan 2 bulan (dalam gambar)
~Warna boleh pilih
~Harga mengikut saiz, bermula dari Rm 20 - Rm 35

Sesiapa yang tergoda dan nak order untuk anak, boleh hubungi saya di:

TheKaitKait
Email: ilma.eskandar@gmail.com
No. Tel: 011-23561302
Facebook: Ilma Ahmad
Instagram: @thekaitkait_by_ilma

TOPI KAIT SERAGAM UNTUK 3 BERADIK

Assalamualaikum wbt.




Topi kait seragam untuk adik-beradik. Sesiapa yang berminat boleh order dengan saya ye.

Custom made (anda order, saya buat):
~Topi Kait Seragam
~Saiz 1 bulan, 2 tahun, 5 tahun (dalam gambar)
~Warna boleh pilih
~Harga dalam RM 20 - RM 35 (mengikut saiz)


Jika anda berminat nak order atau sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya di:

TheKaitKait
Email: ilma.eskandar@gmail.com
No. Tel: 011-23561302
Facebook: Ilma Ahmad
Instagram: @thekaitkait_by_ilma

Tuesday, November 25, 2014

TOPI KAIT HELLO KITTY

Assalamualaikum wbt. semua


Topi kait hello kitty untuk kanak-kanak berumur setahun lebih tempahan dari Pn. Nora Kluang. Terima kasih Nora :))


Custom made (upon order):
~Topi Kait Hello Kitty
~Rm 30 per pcs exc postage
~Fit 1 year - 2 year
~Size 43 cm - 49 cm


Sesiapa yang berminat, boleh hubungi saya di:

TheKaitKait
Email: ilma.eskandar@gmail.com
No. Tel: 011-23561302 (whatapps/wechat)
Facebook: Ilma Ahmad
Instagram: @thekaitkait_by_ilma

TOPI KAIT ALA MINNIE MOUSE with POM POM

Assalamualaikum wbt. semua


Topi kait minie mouse ini sebenarnya berwarna dark peach mix cream. Oleh kerana kamera telefon canggih sangat automatik bertukar jadi merah jambu. Maaf ye.

Ready made (still available):
~Topi Kait Minie Mouse
~Rm 25 per pcs exc postage
~Newborn saiz 34-37cm


Sesiapa yang berminat, boleh hubungi saya di:

TheKaitKait
Email: ilma.eskandar@gmail.com
No.Tel: 011-23561302 (whatapps/wechat)
Facebook: Ilma Ahmad
Instagram: @thekaitkait_by_ilma

Friday, November 14, 2014

SELAMAT DATANG KE THEKAITKAIT by ILMA

Assalamualaikum wbt.



Salam Jumaat penghulu segala hari. Seronok pula mulakan blog pada hari Jumaat ;-)

Selamat datang semua. Untuk entri yang pertama ini, biarlah saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Ilma Hasana Binti Ahmad Eskandar. Jantina perempuan (dah terang-terang ber'binti'kan kikiki). Berasal dari Muar, Johor dan merupakan anak bongsu dalam keluarga (tapi saya tak manja ya, eh eh). 

Dari segi bahan bacaan pula, saya lebih cenderung membaca novel, info-info tentang seni mengait dan menjahit. Semoga info yang diserap dapat dikongsikan dengan kalian kelak. Walaupun semasa zaman belajar dulu saya merupakan 'student engineering' dari tingkatan 4 sehinggalah masuk ke U, saya tak menafikan yang sekarang ini saya lebih tertarik dalam bidang seni (bukan seni nyanyi-nyanyi berlakon tu ya ngee). Ya! Saya sangat suka mengait, buat kraf, menjahit (kadang-kadang), senang cerita saya suka aktiviti seni yang sebegini. Dan kerana minat itulah saya terjebak ke dunia blog sambil berniaga ini. 

Didalam blog ini nanti, akan saya kongsikan mengenai produk-produk jualan saya. Antaranya ialah set kait untuk bayi, topi, kasut dan macam-macam lagi. Selain itu, saya akan cuba untuk berkongsi segala tips dan ilmu yang saya perolehi supaya dapat memberi manfaat kepada semua kawan-kawan baru saya diluar sana :-)

Stay tuned! Saya akan kembali dengan lebih banyak post yang menarik. Sebelum tu jom cuci mata dengan gambar hasil kait dari saya :-)


Hasil kerja tangan saya, crochet newborn set 


Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan mengenai produk saya, boleh hubungi saya di:

TheKaitKait
Email: ilma.eskandar@gmail.com
No. tel: 011-23561302 (whatapps/wechat)
Fb: Ilma Ahmad