Tuesday, November 25, 2014

TOPI KAIT HELLO KITTY

Assalamualaikum wbt. semua


Topi kait hello kitty untuk kanak-kanak berumur setahun lebih tempahan dari Pn. Nora Kluang. Terima kasih Nora :))


Custom made (upon order):
~Topi Kait Hello Kitty
~Rm 30 per pcs exc postage
~Fit 1 year - 2 year
~Size 43 cm - 49 cm


Sesiapa yang berminat, boleh hubungi saya di:

TheKaitKait
Email: ilma.eskandar@gmail.com
No. Tel: 011-23561302 (whatapps/wechat)
Facebook: Ilma Ahmad
Instagram: @thekaitkait_by_ilma

TOPI KAIT ALA MINNIE MOUSE with POM POM

Assalamualaikum wbt. semua


Topi kait minie mouse ini sebenarnya berwarna dark peach mix cream. Oleh kerana kamera telefon canggih sangat automatik bertukar jadi merah jambu. Maaf ye.

Ready made (still available):
~Topi Kait Minie Mouse
~Rm 25 per pcs exc postage
~Newborn saiz 34-37cm


Sesiapa yang berminat, boleh hubungi saya di:

TheKaitKait
Email: ilma.eskandar@gmail.com
No.Tel: 011-23561302 (whatapps/wechat)
Facebook: Ilma Ahmad
Instagram: @thekaitkait_by_ilma

Friday, November 14, 2014

SELAMAT DATANG KE THEKAITKAIT by ILMA

Assalamualaikum wbt.



Salam Jumaat penghulu segala hari. Seronok pula mulakan blog pada hari Jumaat ;-)

Selamat datang semua. Untuk entri yang pertama ini, biarlah saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Ilma Hasana Binti Ahmad Eskandar. Jantina perempuan (dah terang-terang ber'binti'kan kikiki). Berasal dari Muar, Johor dan merupakan anak bongsu dalam keluarga (tapi saya tak manja ya, eh eh). 

Dari segi bahan bacaan pula, saya lebih cenderung membaca novel, info-info tentang seni mengait dan menjahit. Semoga info yang diserap dapat dikongsikan dengan kalian kelak. Walaupun semasa zaman belajar dulu saya merupakan 'student engineering' dari tingkatan 4 sehinggalah masuk ke U, saya tak menafikan yang sekarang ini saya lebih tertarik dalam bidang seni (bukan seni nyanyi-nyanyi berlakon tu ya ngee). Ya! Saya sangat suka mengait, buat kraf, menjahit (kadang-kadang), senang cerita saya suka aktiviti seni yang sebegini. Dan kerana minat itulah saya terjebak ke dunia blog sambil berniaga ini. 

Didalam blog ini nanti, akan saya kongsikan mengenai produk-produk jualan saya. Antaranya ialah set kait untuk bayi, topi, kasut dan macam-macam lagi. Selain itu, saya akan cuba untuk berkongsi segala tips dan ilmu yang saya perolehi supaya dapat memberi manfaat kepada semua kawan-kawan baru saya diluar sana :-)

Stay tuned! Saya akan kembali dengan lebih banyak post yang menarik. Sebelum tu jom cuci mata dengan gambar hasil kait dari saya :-)


Hasil kerja tangan saya, crochet newborn set 


Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan mengenai produk saya, boleh hubungi saya di:

TheKaitKait
Email: ilma.eskandar@gmail.com
No. tel: 011-23561302 (whatapps/wechat)
Fb: Ilma Ahmad