Saturday, January 10, 2015

SET HADIAH UNTUK SIKECIL

Assalamualaikum wbt.

Sempena awal tahun ini, saya ingin memperkenalkan pakej terbaru dari TheKaitKait. Semoga pakej ini meletop-letop dipasaran. Aminn. Set hadiah untuk sikecil ini mengandungi, seperti biasa, topi, kasut, sarung tangan dan sehelai romper. Dengan penambahan romper ini, pastinya ia membuatkan pembelian anda lebih berbaloi-baloi.

Set ini sesuai dihadiahkan untuk rakan, kakak, abang, pakcik makcik yang baru menerima cahaya mata. Anda boleh tampilkan kelainan dengan menghadiahkan set baby dari TheKaitKait ini yang nampak lebih unik dan menarik. Detail seperti dibawah:

Custom made (anda order, saya buat):
~Set Hadiah Untuk Sikecil
~Topi, kasut, sarung tangan dan romper
~Fit 0-3 month baby
~Material: Nona 100% acrylic
~Harga : RM 70 include postage




P/s: Anda boleh request untuk menggunakan benang import cotton. Harga juga berbeza ya jika mengunakan benang import.

Yang berminat boleh hubungi saya di:

TheKaitKait Resources
Email: ilma.eskandar@gmail.com
No. Tel: 011-23561302
Facebook: Ilma Ahmad
Instagram: @thekaitkait_by_ilma


'Yang comel untuk sicomel'




Thursday, January 1, 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015

Assalamualaikum wbt.

Selamat pagi semua. Tahun baru, diharibulan yang pertama, jom sama-sama tanamkan semangat baru untuk jadi insan yang berjaya, berguna, berakhlak mulia, dan cemerlang didunia dan akhirat. Amin. Semoga 2015 membuka lembaran baru untuk Thekaitkait melebarkan sayap untuk lebih maju dan berjaya.

Masih ingat lagi dress pink dari yang hari tu, saya janji nak tambah aksesori. Tadaa, dah siap. Siap ada add on headband lagi. Kasut belum ada lagi.




Insya Allah 2015 ini, saya menjanjikan lebih banyak koleksi dan pilihan benang import untuk anda yang mementingkan keselesaan. 

SELAMAT TAHUN BARU dari saya,

Ilma a.k.a Maema
TheKaitKait
ilma.eskandar@gmail.com
011-23561302