Monday, June 15, 2015

Mari belajar mengait

Assalamualaikum wbt

Apa khabar semua? Lama rasanya dah tak bersiaran disini. Niat dihati memang nak update hari hari entri dalam blog, tapi masa dan idea untuk mencoretkan penulisan macam tak mahu memberikan kerjasama hehew :p

Tambahan pula saya sangat sibuk dengan tempahan dan persekolahan. Alhamdulillah, rezeki mengait sentiasa ada. Terima kasih kepada pelanggan saya yang sanggup menunggu dengan sabar. seni mengait ini memang memerlukan masa yang lama untuk menyiapkannya. Bayangkanlah daripada selembar benang itu hendak dijadikan satu produk. Bayangkan cepat :p Tetapi mengait ni seronok, rasa puas hati bila lihat hasilnya. Senyum lebar, tambahan pula kalau pelanggan happy, kita lagi double happy hehe.

Jadi, saya menyeru semua, mari belajar mengait :) mengait juga boleh menghilangkan stress. Boleh dijadikan hobi dimasa lapang. Tapi saya percaya, jika anda dah terjebak dalam dunia mengait, pasti setiap masa mahu mengait. Tak percaya boleh cuba dulu. Belum cuba belum tahu.

Ok. Apa yang anda perlukan untuk belajar mengait?

Yang pertama mestilah MINAT. Ataupun keinginan untuk belajar. Kalau tiada minat, diajarlah berjuta-juta kali. Memang susah nak faham dan hadam. Jadi mari pupuk minat terlebih dahulu.

Macam mana mahu pupuk minat? Senang! Macam makan kacang dalam peket tu hehe. Cuba kamu taip keyword ini di google : Crochet hat for kids atau pun knitting hat atau pun terpulang pada kamu mahu beg ke, baju ke, kasut ke, stokin, keychain, semua ada. Lepas itu, sila klik pada image. Ok dipersilakan cuci mata dan mulakan angan-angan untuk mengait untuk diri sendiri.

Jadi sudah ada minat ke belum? kalau ada boleh teruskan membaca. Yang belum ada minat, teruskan lihat gambar :p hehe

Langkah yang kedua, saya sarankan agar anda cari video tutorial di youtube. Kenapa? Sebabnya saya nak anda lebih faham konsep seni mengait ini. Lihat cara bagaimana sesuatu produk kraf itu dihasilkan. Tidaklah terpinga-pinga nanti mahu mahu pegang jarum dan benang ya!

Sudah lihat gambar, sudah lihat video tutorial. Ok, jadi mari lihat apa peralatan yang perlu ada untuk mengait. Untuk permulaan ini, saya mahu kenalkan anda pada seni mengait jarum satu atau pun nama org putihnya, crochet / krusye.

sumber google

sumber google
Diatas ini adalah contoh jarum kait yang biasa kita boleh dapat dikedai-kedai menjual peralatan perkahwinan ataupun kedai bunga. Harganya bawah rm5 kalau tak silap saya.

sumber google
Yang ini pula contoh benang yang boleh anda dapatkan dikedai yang sama. Benang ini harganya dalam rm1.80 - rm 2.50 sebuku. Mengikut kawasan anda. Warna pelbagai. Memang rambang mata jadinya.

Bolehlah stat moto ke kereta, pergi kedai dulu beli peralatan ye. Gunting ade tak? boleh beli sekali kalau takde :P heee

Nanti kita akan belajar asas mengait seperti dibawah :

chain / tali air. sumber google

single crochet/sekali kait. sumber google

double crochet/dua kali kait. sumber google

triple crochet/tiga kali kait. sumber google

Jumpa dilain entri ya untuk sesi mari belajar mengait yang seterusnya :) Cepat-cepat dapatkan benang dan jarum.

Wassalam.